Khamis, 10 Ogos 2017

Tips untuk acuan takoyaki yang dah hilang non stick coatingnya.

Tadi membelek acuan #takoyaki yang dah berjasa masak beribu biji takoyaki untuk Mamy Aimi sejak 2014 ( boleh jenguk gambar kat bawah ni).



Calar balar sangat dah.
Non stick coatingnya pun dah banyak tertanggal.Jadi sangat mudah tepung melekat- lekat dan payah nak digolekkan walau dah disapu minyak banyak.

Tapi,

problem ni settle bila Mamy guna teknik nih.Nak tahu Mamy buat macam mana?
Boleh try cara ni okayh :

1. Sapu minyak masak ke seluruh permukaan acuan takoyaki secara sekata.
Jangan sapu minyak tanah pulak 😂

2. ON suis ( jika acuan letrik) atau nyalakan api ( jika acuan jenis gas).
Panaskan acuan takoyaki betul- betul panas hingga wap panas dah start kelihatan.

3.OFFkan suis atau padamkan api.Biarkan acuan menyejuk dalam 5-10minit.

4.Sapu lagi minyak masak ke seluruh permukaan acuan dengan sekata.

5.ON suis atau nyalakan api semula.Bila dah cukup panas,dah boleh la tuangkan bancuhan tepung takoyaki dan masak macam biasa.

Alhamdulillah, walaupun tanpa non stick coating,senang je Mamy masak guna acuan takoyaki nih.So maybe boleh bertahan guna bertahun lagi kot 😍👍

Nak citer tu je.
Ingat takoyaki,Ingat Mamy Aimi.

*************************

P/S : Yang nak order bahan masak takoyaki,boleh direct wasap 013-6012797 atau ke website Mamy Aimi yeh.

www.mamyaimi.com