PELUANG NIAGA SEBAGAI EJEN @ DROPSHIP PRODUK HOMEUSE TAKOYAKI MAMY AIMI
---------------------------------
Mamy Aimi mengalu- alukan ejen/dropship untuk produk kami seperti berikut :
* Set tepung + topping takoyaki ( set kit takoyaki & set tako budget )
* Sos takoyaki gred GAA
* Sos takoyaki gred GTA
* Sos perap inti takoyaki Chuka Idako
* Tepung takoyaki gred GAA
* Bonito flakes
* Seaweed powder
--------------------------------------------------
TERMA, SYARAT DAN CARA MENJADI DROPSHIP SAHAJA
--------------------------------------------------
1.Order dropship boleh dibuat melalui shopee @ whatsapp.
2.Start promote produk.
3.Jika ada order dari customer anda,sila proceed order kepada Mamy Aimi di shopee @ whatsapp.
-------------------------------------------------------------------
Jika order melalui shopee ,
🌸 Pada bahagian penerima --> letak nama,alamat,no phone customer
🌸 Pada bahagian notes --> letak nama,no phone,alamat dan nombor akaun bank serta nama bank anda
6. Mamy Aimi akan poskan barang customer anda dan bank in komisyen anda
-------------------------------------------------------------------
Jika order melalui Whatsapp,
🌺 Maklumkan order brg apa & pos ke negeri mana utk kami totalkan jumlah bayaran yg perlu dibuat.
🌺 Customer akan bank in pada anda harga (jualan produk+ postage).
Komisyen anda ambil siap-siap.
Anda hanya perlu bayar pada kami ( Harga dropship+ postage).
---------------------------------------------------
TERMA , SYARAT DAN CARA MENJADI EJEN ( SIMPAN STOK) MAMY AIMI
---------------------------------------------------
1. Keutamaan akan diberi pada yg pernah beli mana-mana produk takoyaki Mamy Aimi .
2.Hantar feedback tentang produk selepas rasa produk kami.
3. Order stok. Order minima setiap kali restok ialah RM 200 ( harga barang sahaja).
Kos pos berasingan.
--> Boleh pilih mana- mana jenis produk dari senarai produk yang tertera .Kuantiti juga boleh diorder mengikut budget dan permintaan pelanggan anda.
4. Ejen perlu mempunyai kapasiti chiller yang cukup untuk menyimpan stok produk.
5. Ejen dilarang untuk menjual semula bahan takoyaki Mamy Aimi lebih rendah daripada harga di yang dijual oleh HQ Mamy Aimi.
6. Ejen dilarang sama sekali mengubahsuai produk Mamy Aimi seperti repack & relabel.
7. Ejen juga dibenarkan membuat jualan secara dropship.
8.Ejen dinasihatkan untuk maklumkan kepada HQ maklumat pelanggan yang telah membeli barang daripada ejen.
Maklumat pelanggan yang perlu ada
--> nama
--> no phone
--> alamat
--> emel( jika ada)
9. Ejen WAJIB restok minima RM 200 setiap kali restok untuk kekal sebagai ejen.Jika gagal berbuat demikian selama 2 kali, ejen akan di downgrade kepada dropship.
------------------------------------------------
NOTA TAMBAHAN :
------------------------------------------------
Setiap EJEN berdaftar dengan Mamy Aimi dinasihatkan untuk beri maklumat pelanggan yang membeli dengan ejen walaupun pembelian secara selfpick up atau COD.
Maklumat paling minima ialah nama, no telefon dan pelanggan dari area mana.
Tujuan penyimpanan data pelanggan ( database) ini adalah atas sebab untuk :
1. Memastikan ejen benar- benar menjual dan bukan membeli untuk kegunaan diri sendiri sahaja.
( Ejen akan dapat harga lebih rendah daripada harga jualan )
2. Membuat kajian pasaran dan marketing.
3. Back up dan perlindungan perniagaan jika ada masalah berbangkit seperti isu claim sekiranya ada barang rosak.
4.Maintain hubungan baik berterusan kepada semua pelanggan Mamy Aimi terutamanya jika selalu repeat order.
Yang buat dropship tidak perlu maklumkan maklumat tersebut kerana sudah pun mengisi butiran pelanggan semasa order dibuat.
--------------------------------------------------------------
Jom sertai team Mamy Aimi sebagai ejen atau dropship bahan takoyaki .
TIADA YURAN PENDAFTARAN.
Daftar segera !
📨 Whatsapp "EJEN @ DROPSHIP Mamy Aimi " ke 013-6012797
------------------------------
PENERANGAN RINGKAS TENTANG PRODUK KAMI
------------------------------
🌸Set Kit Takoyaki Mamy Aimi mengandungi :
-tepung takoyaki Mamy Aimi gred GAA
- sos takoyaki Mamy Aimi gred GAA
- bonito flakes
- seaweed powder
- mayonis tempatan
🌸 Sos takoyaki gred GAA dan GTA Mamy Aimi diadun dengan rasa gabungan masam,masin dan lemak manis yang istimewa.Kelazatannya setanding sos takoyaki chef otai di Jepun.
🌸 Tepung takoyaki gred GAA Mamy Aimi diadun dengan resepi istimewa.
Takoyaki dari tepung takoyaki kami garing di luar tetapi lembut dan cair di mulut.
🌸 Bonito flakes kalau parutan ikan tuna salai.Manakala seaweed powder ialah serbuk rumpai laut yang dikeringkan.