Resepi Daging Oregano Japanose by #MamyAimi
*************
- daging lembu 300g dihiris halus
- kacang buncis 8 biji dipotong 3
- tomato mini 6 biji
- bawang merah 3 biji dihiris
- bawang putih 8 ulas dihiris
- halia 1 inci dihiris halus
- cili padi 5 biji dititik
- serbuk oregano 1 sudu besar
- sos #takoyaki Mamy Aimi 2 sudu besar
- sos tiram 1 sudu besar
- minyak bijan 2 sudu besar
- garam secukup rasa
Cara masak :
1. Tumis daging yang dihiris dengan minyak bijan.
2. Lepas dah hampir garing sedikit,masukkan bawang merah,halia,cili padi dan bawang putih.Tumis hingga naik bau.
3.Taburkan serbuk daun oregano.Gaul rata.
4.Masukkan sos takoyaki dan sos tiram.Gaul rata.
5.Masukkan kacang buncis dan masak hingga sedikit layur.
6.Tutup api.Taburkan sedikit garam dan tomato mini.Gaul rata.
7.Siapp!
Korang takyah Google resepi nih tau.Nama tu Mamy kasi sendiri,hehehe 😜😁✌
Sos takoyaki Mamy Aimi,
Bukan untuk takoyaki sahaja 💖
www.mamyaimi.com