Jumaat, 16 Jun 2017

Orang malas lebih bijak dan berjaya ?

Ada sorang bos lama Mamy berbangsa Jepun selalu cakap ,
"Orang yang malas ni lebih bijak dan berjaya dalam hidup "

Hmm ? Bos nih biar betul ! 😳

Rasa macam satu tamparan hebat pulak kat Mamy yang rajin nih,hehehe.

Rupa-rupanya ayat dia tak habis lagi.Malas yang dia maksudkan ialah malas bertempat.

Contoh :

Orang nak pergi kerja sejauh 10km rasa malas nak menapak jalan kaki.Jadi, dia pergi dengan kenderaan supaya cepat sampai dan tak memenatkan.

Haaa...ini la yang dikatakan malas bertempat.Bila malas yang macam nih,otak kita dipaksa berfikir untuk buat improvement dan bergerak secara lebih efisyen.

Rasa- rasanya boleh faham tak ? 😉