17.6.17
Hari ni birthday co- founder Mamy Aimi iaitu our beloved daughter,Aimi.
Hari ni juga kami tunaikan wishlist yang Aimi buat few months ago.Sambil- sambil tu sempat " sekolahkan" dia.
💖 Sengaja tunggu birthday dia baru nak belikan.Supaya dia faham,bukan semua impian dia akan tertunai on the spot dan dia dapat belajar menghargai.
Manusia biasanya lebih menghargai benda yang susah dapat,berbanding benda yang senang dapat.
💖 "Aimi nak basikal yang macam mana ? Cuba cerita "
Aimi bagi description basikal impian yang dia nak dari segi warna dan accesories yang dia nak.
Sengaja training Aimi untuk cerita tentang impian dia secara detail.Sebab lagi clear apa yang kita nak,lagi mudah impian tercapai.
Kata itu doa.
💖 "Aimi tengok dulu kek yang mana nak.Pilih betul- betul.Dah beli nanti tak boleh tukar tau "
Sengaja biar dia buat pilihan sendiri.Dalam masa yang sama,asuh dia untuk bertanggungjawab atas pilihan yang dia buat.
Bila dah buat decision,never regret.
Itu adalah antara " silibus" hidup Aimi pada hari ni.
Dah 4 tahun Aimi menceriakan kehidupan kami sekeluarga.
Semoga menjadi anak yang solehah,diberi rezeki yang melimpah ruah,bahagia,berjaya,dirahmati dunia akhirat.Amin yarabbal aalamin.
Happy Birthday Aimi Zayani.
We love you 💖💖💖