Ada jugak saya terjumpa orang yang cakap dia tak nak jadi kaya raya sebab takut lupa diri dan jadi jahat macam Qarun,Firaun dan sebagainya.
Okay,kalau gitu,saya nak share satu lagi tips.
Jika nak rezeki melimpah ruah dan dalam masa yang sama semakin mendekati jalan yang diredhai Allah,
AMALKAN MEMBACA SURAH AL- WAQIAH.
Perhatikan juga maksud ayat- ayat dalam surah ini.
Jika diamati betul- betul,Surah Al Waqiah bukan saja terangkan tentang nikmat- nikmat Allah
tapi
turut menekankan tentang azab yang bakal diterima golongan yang ingkar.
Jadi,sambil memohon rezeki daripada Allah,
sedikit sebanyak bila membaca tentang beratnya juga azab terhadap orang yang jahat sepertimana dalam surah Al Waqiah,
maka Insya Allah minda kita akan sentiasa diberi peringatan secara sedar dan separa sedar.
Ingat,kunci kepada segala perkara adalah NIAT.
Niatkan yang baik- baik sahaja.
Mudah-mudahan dengan niat yang baik,
Allah permudahkan kita segala perkara.
"Sesiapa membiasakan membaca surah Al Waqiah,tidak akan jadi miskin selama-selamanya" - Hadis Rasulullah s.a.w-
*komen "Insya Allah" jika rasa ianya bermanfaat bagi anda :)
#foundermamyaimi