Tengah kecoh-kecoh kat fesbuk newsfeed pasal beberapa kes akaun fesbuk kena delete kerana tak menggunakan nama mengikut mykad.
Saya sendiri sebelum ni menggunakan nama brand produk saya ( Mamy Aimi) untuk nama akaun fesbuk personal selama 2 tahun lebih.Ini kerana saya nak orang kenal nama brand produk berbanding nama saya sendiri sebagai founder produk.
"Niat saya cuma nak jual barang aka berniaga saja.
Orang kenal brand saya je dah la,buat apa nak kenal siapa saya?
Saya bukan spesies gilakan populariti. "
Ini tanggapan peribadi saya.Tapi masa pergi kelas marketing 3 bulan lalu,cikgu suruh tukar nama brand kepada nama founder untuk fesbuk profile.
Saya terpinga- pinga.Rasa enggan tukar pun ada.Ramai customers saya sudah kenal nama Mamy Aimi.Panggil pun Mamy Aimi je masa sesi close sales & after sales.
Demi dapatkan keberkatan ilmu yg dipelajari dengan cikgu tu,saya akur.
Tukar nama Mamy Aimi kepada Zuraihan Ibrahim di fesbuk.
Takpelah,nama fesbuk page masih lagi tetap nama brand Mamy Aimi.
Selepas 2 bulan ikut nasihat cikgu tu,saya semakin mula faham kenapa nak kena guna nama sebenar founder,bukan nama brand.
Cikgu sebenarnya nak suruh anak muridnya buat juga personal branding iaitu satu daripada cabang ZERO COST MARKETING.
Bukan semata- mata nak elakkan akaun kena block @ delete je dengan si mark zukenbeg tuh😅
Okay,saya sudah faham cikgu.Terima kasih banyak- banyak sangat.
You are super awesome.
Kasihmu kujunjung selalu,Insya Allah :)
#foundermamyaimi