Hari ni saya nak share satu cerita yang berlaku pagi tadi.Maaf jika terlalu panjang. Tapi baca lah.Semoga dapat memberi inspirasi :)
************************************
Saya dapat whatsapp daripada seseorang bernama A ( bukan nama sebenar).
A whatsapp untuk meminta sedikit info tentang bahan takoyaki yang dibelinya daripada supplier lain.
Saya bertanya dari mana beli barang tersebut dan mencadangkan untuk direct verify dengan supplier dia.
Memandangkan A beli cuma di kedai bakery biasa,agak sukar untuk A contact dan verify dengan tauke kedai.
Maka dia "datang" kepada saya untuk meminta sedikit panduan.
Dia bukan prospek dan bukan juga customer Mamy Aimi.
Secara logiknya,saya tak perlu pun memberi bantuan dalam bentuk khidmat nasihat atau apa- apa kepada dia.
Tapi saya tergerak hati untuk cuba membantu walaupun dengan hanya berkongsi secebis ilmu yang saya ada.Dan Alhamdulillah,masalah A pun dah settle.Ada tanda kegembiraan dan terima kasih daripada A.
Saya juga rasa gembira dapat membantu A tadi.
Kemudian,saya keluar untuk settlekan hal geran kereta.Bila sampai di sana,kereta berduyun- duyun beratur untuk cari tempat parking.
Dalam hati saya berdoa,moga ada tempat parking kosong untuk saya nanti.
Selepas saya masuk ke tempat parking,3 buah kereta serentak keluar.Maka ada 3 tempat kosong untuk saya.Saya terus parking kereta dan berjalan kaki ke dalam bangunan.
Di pintu masuk,saya lihat orang- orang di sekeliling ramai yang merungut dan berkeluh kesah kerana perlu menunggu hampir 100 lebih orang sebelum sampai giliran mereka.
Saya menuju ke kaunter utama untuk mengambil nombor giliran.
Pegawai berpangkat pakcik yang menjaga kaunter berkata,
" Puan punya urusan ni cuma perlu cop di kaunter sahaja.Seminit pun boleh siap.
Kalau nak tunggu no giliran,memang sangat lama.Cuba puan pergi kaunter yang tengah kosong tu,tanya kalau boleh minta tolong buatkan."
Saya pun akur nasihat pakcik tadi dan terus ke kaunter.Puan pegawai di kaunter pun begitu baik hati,terus tolong settlekan urusan saya.Memang betul pun,tak sampai seminit dah siap.
Saya bersyukur sebanyak- banyaknya pada Yang Maha Kuasa kerana memberi pertolongan dengan memudahkan segala urusan saya pagi tadi.Pertolongan yang sangat disusun rapi oleh- Nya.
Mungkin dengan memberi sedikit pertolongan kecil pada si A pagi tadi adalah asbabnya ?
🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼
Jika kita MEMBERI BANTUAN PADA ORANG LAIN TANPA MENGHARAPKAN APA- APA PUN BALASAN,
NESCAYA ALLAH PULA AKAN DATANGKAN ORANG LAIN UNTUK BANTU KITA BILA DIPERLUKAN.
🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼
#foundermamyaimi
#pengalamansendiri