Assalamualaikum & Hai semua.
Hari ni Mamy Aimi nak sambung menulis tips macam mana nak masak takoyaki supaya bentuk bulatnya cantik.
Bukan sahaja cantik,malah lebih ampuh kesedapannya,chewah,hehe.
*********************************************
Tips kedua ialah BAHAN MESTI CUKUP PENUH .
*********************************************
Apa maksudnya tu eh ?
Senang cerita,bancuhan tepung,kobis dan inti mesti cukup untuk memenuhi seluruh ruang acuan takoyaki.
* Bancuhan tepung dituang sekata pada seluruh bahagian permukaan
plat pemanas acuan takoyaki
* Letak kobis banyak-banyak dan tabur pada seluruh permukaan plat
pemanas acuan takoyaki .
* Letak inti saiz besar-besar.Kalau boleh penuh satu lubang acuan
takoyaki tu,lagi bagus,heee.
Okay,cuba tips yang Mamy Aimi bagi nih,Insya Allah takoyaki u ols akan bertambah cantik dan sedap lagi berkhasiat (sebab banyak makan sayur,hehe).
Untuk tips seterusnya,follow blog Mamy Aimi yeh.
Till then,tata titi tutu :D
**********************
Penulis :
Zuraihan Ibrahim @ Mamy Aimi
013-6012797
www.mamyaimi.com.my
Supplier bahan-bahan takoyaki anda.


