Sempena hari Jumaat yang berkah ni, Mamy Aimi nak share lagi tips macam mana nak masak takoyaki supaya bentuk bulatnya cantik.
************************************************
Tips ketiga ialah ACUAN TAKOYAKI MESTI CUKUP PANAS .
************************************************
Aikk...tips ni macam common sense je bunyi ??
Haa...walaupun nampak macam biasa je,ada info tersembunyi yang ramai orang tak tahu taw.
Jadi tak hairan la ada juga customers Mamy Aimi yang bertanya,
" Sis,kenapa takoyaki saya macam penyek aje.Tak montok macam takoyaki kat kedai tu?..."
Okayh,jangan panik.Lets me explain (eh,eh..terspekong pulak,hehehe)
Acuan takoyaki mesti cukup panas.
Point ni penting bagi memastikan bancuhan tepung dapat kembang dan masak dengan sempurna.
"Tapi sis,takoyaki maker saya ni dah bertahun dah.Nak pulak jenis tak boleh nak laraskan suhu.Macam tak kompiden je saya dengan kepanasan acuan takoyaki saya ni... "
Okay,customers Mamy Aimi yang cantik manis sekalian.
Ni Mamy Aimi nak bagi lagi tips yang jarang peniaga lain bagitahu.
Kalau guna takoyaki maker elektrik yang tak boleh nak adjust suhu & tak berapa cukup panas,boleh cuba tambah sedikit baking powder (serbuk penaik) dalam bancuhan tepung supaya tepung lebih kembang.
Haa..dengan cara ni,Insya Allah kompem takoyaki anda kembang mekar gitu.
Montok je takoyaki ni kan ? hehe
Lagi satu,bila acuan cukup panas,bancuhan tepung lebih mudah dibentuk ikut bentuk acuan.
Perumpamaannya macam tengah tempa besi la, lagi panas,lagi senang ditempa.
Harapnya dengan tips ni,bertambah-tambah cantik dan nampak menyelerakan la takoyaki u ols yeh.
Banyak lagi tips tentang takoyaki yang Mamy Aimi nak share dengan semua,tak kira peminat tegar takoyaki atau peniaga yang baru berjinak-jinak nak berniaga takoyaki juga.
Jadi stay tuned kay ?
Kalau rasa tips & info yang Mamy Aimi ni bermanfaat,share la dgn family & kawan-kawan.
Menulis dari hati,
Zuraihan Ibrahim @ Mamy Aimi
www.mamyaimi.com
www.mamyaimi.com.my (shopping cart)
013-6012797
* Supplier bahan-bahan takoyaki anda *
