Isnin, 13 September 2021

Kepada Siapa Kita Perlu Bertanya Jika Ada Masalah Tentang Bahan Takoyaki Yang Kita Beli?


 Hi.Assalamualaikum wbt ☺️

Semenjak dua menjak ni,Mamy banyak dapat "personal message( pm@dm)" daripada peniaga baru tentang pertanyaan atau masalah berkaitan Bahan Takoyaki .Mamy hargai kepercayaan yang diberi.

Tapi Mamy harap takde yang kecik hati bila Mamy tidak dapat reply & menjawab semua pertanyaan tersebut secara personal.

Keistimewaan untuk mendapat konsultasi memang kami tawarkan hanya untuk pelanggan Mamy Aimi manakala coaching secara percuma pula hanya untuk ejen2 Mamy Aimi sahaja.

Ini bagi membolehkan pelanggan & ejen2 Mamy Aimi terus menikmati pakej privilege yang Mamy Aimi sediakan khas untuk mereka.

Ini juga bagi memastikan  jadual & produktiviti kerja team kami berada pada tahap yang optimum.

Selain daripada tu,Mamy Aimi juga tak nak ada konflik dengan pembekal Bahan Takoyaki yg lain.Jadinya,jika bahan@ barang takoyaki bermasalah tersebut bukan dibeli daripada Mamy Aimi,Mamy mohon untuk bertanya terus dengan supplier tempat anda membeli yeh.

Semoga pencerahan ini dapat membantu☺️