30 tip bisnes :
1. Mula dengan modal kecil. Mula dari bawah. Tak boleh gandakan 3k menjadi RM30k, jangan harap dapat gandakan 30k menjadi 300k. 1k kotak sebulan pun belum pernah jual, janganlah terus ambil stok 10k kotak.
.
2. Jangan tanya orang makan gaji. Nak bisnes, rujuk orang bisnes. Mereka lebih faham selok belok dunia bisnes.
.
3. Belajar mengenal pasaran. Jelas siapa pelanggan sasaran. Jual apa yang pelanggan mahu. Bukan apa yang kita mahu.
.
4. Sentiasa berdoa Allah beri kekuatan dan keyakinan kepada kita.
Sentiasa sedar, kita kuat bukan sebab kita jerit kita kuat, Allah yang beri kekuatan kepada kita.
Bisnes itu sukar, yang mempermudahkan urusan kita itu Allah. Sentiasa berdoa Allah buka hati pelanggan untuk cuba produk kita.
.
5. Kira kos betul-betul. Bukan hanya kos produk. Masukkan juga kos-kos lain walaupun kita berniaga dari rumah. Walaupun bil dan minyak kereta suami bayar.
.
6. Belajar pemasaran Online. Terutamanya bagaimana cara untuk tarik pelanggan menggunakan media sosial. Ada banyak taktik boleh pakai sama ada cara berbayar atau cara percuma.
.
7. Jangan berpartner dengan orang yang tak boleh beri komitmen. Tahu bagi duit tapi tak nak buat apa-apa.
.
8. Apabila jualan mula meningkat. Beranikan diri delegate tugas. Usah berdegil semua perkara mahu buat seorang diri.
.
9. Ambil upah atau gaji. Untung bisnes tidak boleh masuk poket untuk dibelanja sesuka hati.
.
10. Usah terlalu cepat nak reward diri. Untung 5k, terus nak reward diri beli Iphone baru.
.
11. Latih diri untuk berfikir positif. Beat negativity. Latih diri fokus pada solusi, bukan pada masalah. Jangan merungut tak sudah. Jangan suka salah-menyalah.
.
12. Kesilapan memberikan kebijaksanaan baru. Belajar daripadanya. Tak nak buat sebarang kesilapan, jangan buat bisnes.
Tanda orang tidak matang apabila nak buat bisnes dia akan tanya..."Buat bisnes ni confirm jadi ke? Ada jaminan ke menjadi?" Sah. Anda tak sesuai buat bisnes.
.
13. Jangan hire orang yang kita tak sampai hati nak pecat. Bukan semua orang ada attitude bagus termasuk keluarga sendiri. Perangai macam entah hape-hape pun ada. Hire orang betul dengan cara yang betul.
.
14. Usah terkinja-kinja menghitung kira kekayaan orang. Usah panjang angan-angan melihat kejayaan orang lain. Sampai tidak bertindak untuk capai kejayaan sendiri.
.
15. Nak motivasi pergi kelas motivasi. Nak bisnes pergi kelas bisnes.
.
16. Orang tak beli produk kita sebab kita belum cukup bagus. Bukan sebab mereka tak support Melayu. Berusahalah lebih keras lagi.
.
17. Fokus. Tahu apa nak buat. Adakalanya kita sukar berjaya bukan sebab kita tiada ilmu tapi terlalu banyak ilmu sampai tak tahu nak buat mana satu. Nak cuba serentak 10 platform marketing sedangkan 1 pun belum kita kuasai betul-betul.
.
18. Belajar menjadi peniaga yang mematuhi undang-undang. Banyak kelebihannya. Ada pekerja, carumlah KWSP, Socso dan segala bagai. Bayar zakat perniagaan. Bayar cukai. Bayar lesen niaga dan lain-lain.
.
19. Harus kita faham.
Skill buat nasi lemak lain.
Skill buat marketing untuk tarik orang cuba nasi lemak kita lain.
Skill mengembangkan bisnes nasi lemak lain.
.
20. Maklumbalas pelanggan penting. Di situ kita dapat banyak idea untuk tambah baik.
.
21. Jangan meroyan di media sosial dapat staf yang tak bagus. Majoriti orang akan nampak majikannya yang sebenarnya tak bagus. Tuntut ilmu. Baiki diri. Baiki cara kita ambil dan urus staf. Lama-lama kita dapat bina team yang bagus.
.
22. Jangan fokus kepada topline sahaja iaitu jualan. Fokus juga kepada bottomline, iaitu net profit. Ramai orang selepas bertahun-tahun berniaga baru sedar, untungnya tak seberapa walaupun jualannya banyak.
.
23. Belajar memotivasikan diri sendiri. Belajar mendorong diri sendiri. Bisnes kurang sesuai untuk orang yang sentiasa mengharapkan orang luar untuk beri motivasi. Tunggu orang push, baru kita nak bertindak, maka jangan buat bisnes. Carilah pekerjaan lain yang sudah ada sistem yang memaksa kita bekerja.
.
24. Bisnes itu bukan generate money semata-mata. Ia juga tentang organize & multiply money.
.
25. Kuasai bisnes yang transaksinya tunai. Usah terjun terlalu awal dalam model bisnes yang transaksinya secara kredit. Pastikan cukup persediaan terlebih dahulu. Dengan supplier pun kredit, dengan klien pun kredit. Klien lambat bayar, bayaran kepada supplier pun sangkut. Maka kita terhimpit di tengah.
.
26. Belajar buat keputusan berdasarkan angka-angka dalam bisnes. Bukan berdasarkan ego untuk impress orang. Bukan berdasarkan emosi.
.
27. Sentiasa ambil contoh pemilik bisnes dan jenama-jenama yang baik untuk kita follow.
.
28. Bisnes berhenti berkembang apabila kita berhenti buat perubahan dan penambahbaikan.
.
29. Tidak belajar merancang. Kita sedang merancang kegagalan.
.
30. Jujur dalam setiap urusan. Bina nama baik dengan semua pihak terlibat dalam rantaian bisnes kita. Ia aset penting syarikat. Insha Allah kita akan rasai kemanisan.
#copyPaste
#HasbulAriff