Selasa, 13 Mac 2018

6 Sebab Perlu Pilih Guna Brand Takoyaki Sendiri


🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸
Nak Berniaga Takoyaki Dah Siap Masak? Jom tengok 6 sebab kenapa perlu pilih untuk guna BRAND SENDIRI berbanding ambil pakej rakan niaga brand lain.


************************
1. BOLEH START BERNIAGA DENGAN MODAL RENDAH.
************************

Yup.Guna brand sendiri, tak perlu beli pakej niaga takoyaki yang biasanya mencecah harga RM 1500 keatas.

Guna brand sendiri lebih efektif untuk sesiapa yang kekurangan modal start up berniaga ataupun nak test dulu bisnes takoyaki ready- to-eat ni "ngam" atau tidak dengan jiwa.

Ingat ! Kurangkan risiko ketika awal berniaga dengan mula berniaga menggunakan modal rendah.

Anda masih boleh mula cuba berniaga takoyaki hanya dengan modal bawah dari RM500 jika kena gayanya.Nak tahu lebih lanjut? Contact je Mamy Aimi.Nanti kami boleh bagitahu caranya πŸ˜‰


************************
2. TAK TERIKAT DENGAN PERATURAN @ TETAPAN PAKEJ RAKAN NIAGA BRAND LAIN .
************************

Jenis inti , cara masak, kuantiti topping dan harga jual takoyaki kebiasaannya WAJIB FOLLOW "peraturan" yang ditetapkan oleh pakej rakan niaga.

Kalau anda jenis bercita- cita tinggi & inovatif nak tentukan sendiri " peraturan" tersebut, berniaga takoyaki guna brand sendiri adalah lebih afdal untuk anda.


************************
3. BOLEH TENTUKAN SENDIRI LOKASI BERNIAGA
************************

Pakej rakan niaga brand lain biasanya ada " LIMITED KUOTA" untuk lokasi tertentu.Ini termasuk kena follow berapa kilometer jarak minima antara seorang rakan niaga dengan rakan niaga yang lain.

Bagus untuk elak persaingan sesama rakan niaga.

Tapi kalau kuota lokasi tersebut dah "penuh" sedangkan anda memang dah target nak berniaga dekat- dekat dengan rumah aje, tak best la kan ?

Maka,berniaga takoyaki guna brand sendiri lebih baik untuk anda.Anda hanya perlu bersaing dengan peniaga takoyaki lain sahaja.

Tak perlu pening kepala fikir terpaksa bersaing dengan 2 group iaitu group peniaga takoyaki brand lain & group" rakan niaga" anda.



*************************
4. Maklumat Resepi & Supplier Kekal Menjadi Rahsia Anda
*************************

Ada orang puji takoyaki ready-to-eat yang anda jual sangat sedap kebaboom.

Rupa- rupanya anda adjust sikit resepi dan cara masak takoyaki tersebut.
Malah anda juga sebenarnya telah guna bahan takoyaki berkualiti super premium macam tepung dan sos takoyaki Mamy Aimi.

Bila guna brand sendiri,anda bebas olah sendiri resepi anda.Malah bebas pilih bahan takoyaki & supplier anda.

Yang penting ,resepi special dan maklumat supplier anda tetap menjadi rahsia daripada diketahui oleh pesaing anda.



***********************
5. BOLEH PILIH PEMBEKAL BAHAN TAKOYAKI SENDIRI
***********************

"Anda WAJIB BELI bahan takoyaki dari kami jika ingin terus menjadi rakan niaga."

Macam biasa dengar aje kan ?

Haah,betul la tuh.Kalau ambil pakej rakan niaga brand lain,anda memang diwajibkan beli dengan  supplier pakej tu sahaja.Kalau supplier tu putus stock," mati kutu" jugak nak kena tunggu barang baru boleh restock.

Tapi kalau guna brand anda sendiri,anda bebas nak beli pada mana- mana pun  pembekal bahan takoyaki.
Supplier A stok habis, anda boleh beli dari supplier B @ C.
Settle problem.




************************
6. BERPOTENSI BUKA CAWANGAN LAIN UNTUK KEMBANGKAN BISNES
************************

Bisnes takoyaki dah siap masak anda laku keras dan maju.Tetiba anda detect satu lokasi baru yang dijangka dapat sambutan hangat jugak.

Maka anda bercadang nak open satu lagi cawangan kat sana.

Dengan guna brand sendiri,anda terus boleh proceed open cawangan baru kat sana.Tak perlu minta "greenlight" HQ.
Tak perlu risau dah cukup kuota "rakan niaga" di sana.

Senang cerita,anda lah " 100% BOS " kepada bisnes takoyaki anda.

Amacam,seronok kan jadi bos pada perniagaan sendiri ?
Nikmat ni hanya dapat diperolehi jika anda guna brand sendiri untuk bisnes takoyaki ready-to-eat anda!

************************
Nak start dah berniaga takoyaki ready-to-eat dengan brand sendiri tapi tak tahu nak cari bahan takoyaki kat mana ?

Jangan risau,Mamy Aimi kan ada πŸ˜‰

Kami supply bahan takoyaki berkualiti premium untuk peniaga takoyaki dan juga untuk homeuse.



Senarai bahan yang kami supply :
- Tepung Takoyaki
- Sos Takoyaki
- Bonito Flakes
- Seaweed powder
- Marinated octopus
- Takoyaki pan jenis gas 12 lubang ( homeuse)



Pengeposan ke seluruh Malaysia.Selfpick up di Shah Alam & Ampang ( upon availability).
Berminat ?

Boleh roger #MamyAimi.
Whatsapp
013-6012797@
019-2991823