Selasa, 6 Februari 2018

5 Tips Cara Simpan Tepung Takoyaki Supaya Tahan Lama

--------------------------
Kali ni Mamy Aimi nak bagi 5 Tips cara simpan tepung takoyaki supaya tahan lebih lama.

Yelah,tepung takoyaki ni kan mahal ler jugak.Setanding dengan kesedapannya bila dah jadi #Takoyaki,hehe.


Maka,lebih afdal lah untuk tahu cara simpan yang betul dan tak terbazir begitu aje kalau rosak terlalu cepat,ye dak ?

Jom check & amalkan 5 Tips kat bawah nih πŸ˜‰πŸ‘‡

🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸
----------------------------------------
1. Simpan Dalam Bekas Kedap Udara
-----------------------------------------

Lepas dah dapat je tepung takoyaki tu kat tangan,  masukkan la dalam bekas kedap udara.

Tutup atau seal rapat- rapat.

Jangan kasi chance lansung semut @ apape serangga lain cuba- cuba masuk ke dalam tepung kesayangan kita ni,cewah !

---------------------------------------
2. Simpan Dalam Peti Sejuk ( Fridge @ Freezer )
---------------------------------------

Tips ni memang Mamy Aimi paling rekemen untuk buat.Sebaiknya lepas masukkan dalam bekas kedap udara,simpan bekas tu dalam peti ais pulak.

"Eh,tepung tak basah ke Mamy simpan gitu ?"

Don't worry.

Kalau plastik tepung berseal penuh & bekas kedap udara betul- betul seal rapat, Insya Allah memang tepungnya takkan basah.

Dah bertahun Mamy guna teknik ni,jadi jangan risau sangat kay? πŸ˜‰


----------------------------------------
3. Jangan Simpan Sekali Dengan Bahan Berbau Kuat
---------------------------------------

Bunyi macam sikit suspicious je statement kat atas tu yeh? hehehe.

Bahan berbau kuat yang Mamy Aimi maksudkan tu contohnya macam buah durian ke,petai ke dan apape yang seangkatan dengannya.

Sebab tepung memang sifatnya mudah serap bau.

Jadi,kalau tak nak tepung takoyaki anda ada " flavor" durian dan sebagainya,sila lah follow tips ni yeh.

-----------------------------------------
4. Elakkan Sama Sekali Simpan Bersama Bahan Kimia
----------------------------------------
"Bahan kimia ? Ada ke orang buat gitu Mamy.Macam tak logik jeeee ?"

Haaa..benda tak logik ni kekadang jadi logik pada sesetengah orang.

Contohnya kalau beli tepung borong- borong ( biasanya peniaga takoyaki ler ni). Lepas tu simpan dalam but kereta atau stor.

Dalam stor @ but kereta pulak di simpan sekali dengan syampoo kereta la, aerosol penyembur serangga la,detergen untuk mop lantai la dan macam- macam lagi khazanah berunsur kimia.

Kemungkinan tepung takoyaki boleh terkena bahan kimia tadi.Tak ke haru namanya tu kalau makan takoyaki guna tepung yang tak selamat dan berperisa sabun @ aerosol πŸ˜‚

Demi kesejahteraan sejagat, tolong ambil berat pesanan Mamy Aimi nih yeh.

----------------------------------------
5. Habis Guna Dengan Kadar Segera
----------------------------------------

Tips terakhir ni memang nampak macam poyo sikit.Tapi itu lah hakikat kehidupan.

Tak nak tepung takoyakinya cepat rosak, sampai aje barangnya, terus la perabiskan masak takoyaki cecepat.

Tak rugi pun sebab takoyaki kan sedapppp superlicious,thehehe 😁


Dah habis tepungnya,order je lagi dengan Mamy Aimi.Kacang goreng aje,weehuuu!πŸ˜‹

----------------------------------------
So,nak order tepung takoyaki atau apape bahan masak  takoyaki yang lain,boleh direct whatsapp Mamy Aimi yeh.

013-6012 797

Nak order dengan lebih pantas dan mudah,direct ke website kamiπŸ˜‰πŸ‘‡

https://www.mamyaimi.com

🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸

Ingat Takoyaki,
Ingat Mamy Aimi πŸ’–