Takoyaki nih memang super best bila topping super melimpah.Makin sedap topping terutamanya sos takoyaki & bonito flakes,makin suka la orang mintak lebih.
Tapi buat peniaga takoyaki yang dah siap masak pula,memang agak pening kalau customers selalu minta topping lebih.
So nak buat macam mana ?
Meh Mamy share sikit tips.
Pertama sekali,check & kenalpasti perkara berikut :
1. Berapa ramai customers yang minta topping lebih?
2. Adakah customers yang sama atau customers berlainan ?
3. Berapa kerap minta extra topping ? Evertime beli? Sekali sekala? Atau semenjak dua menjak ni saja ?
4. Berapa gram topping yang diletak setiap kali ? Ada cara untuk sukat dan maintain sukatan sama ?
Dah ada data,tengok trend dan majoriti.Baru kaji semula samada memang kita bagi topping tak cukup ataupun ada sesetengah customers memang suka topping lebih.
Jika berhasrat tak nak tambah topping secara percuma ( yelah,bahan takoyaki dah la mahal.Bagi free banyak- banyak rugi pulak kan) ,boleh BERI PILIHAN KEPADA PELANGGAN.
Nak extra topping,charge la lebih sikit.
Yang biasa peniaga takoyaki buat ialah kenakan extra charge antara 50 sen - RM 1 bagi extra topping yang customers request.
Contoh:
Extra sos takoyaki RM 0.50
Extra mayonis RM 0.50
Extra bonito RM 1
Rasa- rasa nak buat amal jariah sikit,setiap Jumaat bagi lah extra topping FREE ke.
Pandai- pandailah adjust ikut kos dan target profit yeh.Mamy share sampai sini je dulu 😉
By the way,kalau nak order bahan masak takoyaki,boleh direct whatsapp Mamy Aimi.
013-6012 797
Ingat takoyaki,
Ingat Mamy Aimi.