Isnin, 20 November 2017

3 SEBAB MAMY AIMI DAH STOP HANTAR BARANG GUNA BAS EKSPRESS ( Sebab last tu paling SENTAP !)



Ada jugak customers yang request penghantaran guna bas ekspress berbanding pos sebab nak barang cepat.Mamy Aimi pernah jugak guna servis ni dulu tapi sekarang tak lagi kerana 3 SEBAB.

🌸Sebab pertama,faktor stesen bas ekspress yang jauh dari lokasi bisnes kami.Maka charge delivery ( kos petrol + upah tenaga serta masa ) terpaksa kami ambil kira.

🌸Sebab kedua,faktor "insecure" aka takda jaminan keselamatan.Hantar guna bas ekspress ni takde hitam putih.Takde isi borang atau cop bagai.

Kita pass barang pada driver bas di stesen sini & bagi upah ikut berat serta saiz parcel.Kemudian kita bagi info berikut pada customer yang standby kat stesen bas yang telah ditentukan.

- nama & no telefon driver bas ( check dulu kat lesen memandu @ mykad)
- gambar driver,bas & no plate bas
- schedule bas bertolak & masa dijangka sampai

So that customer boleh standby dan selfpick up barang kat stesen di sana.

Macam Mamy sebut tadi,hantar guna bas ekspress ni takde proper documentation atau sistem.100% berdasarkan trust sahaja.Kalau barang hilang,proses claim akan jadi sangat complicated.

Bahan- bahan takoyaki ni mahal belaka.Cecah ratus- ratus RM sekali hantar.

Lets say ada kecuaian & barang terhilang masa on the way proses penghantaran,tak ke haru ? Nak claim ganti rugi pada siapa ? Tak ke pening kepala.Sendiri mahu ingat la,huhuhu 😂

🌸 Dan faktor ke- 3 ni sebenarnya STOPPER PALING BERAT. Ada driver bas ekspress bagitahu, diorang DAH STOP servis ambil upah hantarkan barang ( mungkin cuma di sesetengah tempat sahaja).

Sebabnya, mereka mengaku selama ini servis penghantaran ni dibuat TANPA PENGETAHUAN & KEIZINAN MAJIKAN ( bos/owner syarikat bas ekspress).

Maka mereka ni semua risau GAJI yang mereka terima sebagai driver bas nanti KURANG BERKAT sebab guna fasiliti syarikat untuk tambah duit poket sendiri..

Bila Mamy fikir- fikir semula,ada betulnya juga apa yang driver bas ekspress tu bagitahu.

Maka secara automatik, Mamy Aimi pun STOP GUNA BAS EKSPRESS untuk hantar barang customers yang jauh.Cuma guna courier service bertauliah aje sekarang nih.

Jadi tu jelah nak cerita kali nih ( panjang pulak menulis 😅)

Apapepun,kalau nak order bahan masak takoyaki,direct wasap #MamyAimi yeh.

013-6012797

P/S : Cepat order,cepat bank in,cepatlah MamyAimi boleh proceed pengeposannya 💖