Jumaat, 20 Oktober 2017

2 Tips Elak Takoyaki Cepat Hangus

Ada customer wasap,
"Mamy macam mana nak buat takoyaki tak hangus ..first first buat jadi bulat dan tak hangus.Selepasnya buat hangus.."

***********************
Okay,khas untuk super newbie yang mungkin first time masak takoyaki sendiri.

Cepat hangus ni biasanya sebab kurang laju menggolek dan pusingkan tepung takoyaki masa masak ( kurang mahir).

Jadi,hari ni Mamy share 2 tips ringkas untuk elak takoyaki cepat hangus.

1. Control Suhu Acuan.
*************************
--> Kalau guna takoyaki pan jenis gas, guna api yang kecil sahaja.
--> Kalau guna takoyaki maker jenis elektrik yang auto ON OFF bila plate over panas,then ok lah.Tapi kalau tak auto ON OFF,korang ON dan OFF lah sendiri secara berkala.

2. Adjust Kadar Lembapan Bancuhan Tepung
*******************
Bunyi macam bombastik aje eh? hehehe.
Bahasa mudahnya,lebihkan sikit air @ susu dalam bancuhan tepung.

Ikut nisbah
1 bahagian tepung : 2.5 bahagian air.

Contoh :
100g tepung,campurlah dengan 250ml air .

Bila bancuhan tepung lebih air, takoyaki lebih lembap,lembut dan lambat hangus 😊

Semoga tips ni beri manfaat pada semua peminat tegar takoyaki.

Ingat takoyaki,
Ingat #MamyAimi 💖

***********************
Untuk order bahan masak takoyaki,layari www.mamyaimi.com 😊