Selasa, 26 September 2017

5 Tips Menjual kepada famili,sedara mara dan kawan- kawan

Ramai juga yang mengeluh agak susah nak menjual dengan orang terdekat macam famili,sedara- mara dan kawan- kawan.
Jadi,kali ni Mamy nak kongsikan 5 tips ringkas yang Insya Allah sedikit sebanyak dapat membantu.Check it out 😉👇


*************************
1. Panjangkan silaturrahim
*************************

Petua ni,dalam Islam sendiri pun suruh buat.Jika nak murah rezeki,panjangkan silaturrahim.

Kajian Mamy Aimi menunjukkan,orang lebih cenderung membeli dengan sesiapa yang sangat rapat dengan mereka@ orang yang mereka suka.Kalau diorang tak suka korang,bersedia lah awal- awal untuk direject tanpa belas kasihan,muahaha.

Make sense juga.Maybe sebab terpetik rasa kesian @ ada rasa nak support ( untuk case bisnes baru nak up,hehe).

Tapi,jangan korang beramah tamah sebab nak menjual barang semata- mata.Fokus pada konsep eratkan persaudaraan.

"Lillahitaala" is the best.
No lobster,lobster inside the spageti ya!


************************
2. Buat Orang Tahu
************************
Biasanya time berkumpul ramai-ramai tu,ada je orang akan tanya,
" Kamu kerja apa sekarang ?"
" Kamu buat bisnes apa sekarang ?"

Ni lah chance terbaekk nak perkenalkan bisnes korang.Jangan ada rasa rendah diri,malu atau segan.

Beritahu secara RINGKAS,TEPAT dan PADAT korang buat bisnes apa.Ingat,biar intro sesimple mungkin (kecuali mereka tanya lebih details).

Jangan overpromote bisnes.
Buat cool,buat rileks aje.
Yang penting,diorang tahu korang bisnes apa.

*************************
3. Give First
*************************

Omputeh cakap " give more then you will receive more".Terjemahan ringkasnya,biasakan diri untuk memberi dulu.Lepas tu akan diketuklah pintu- pintu rezeki.

Kalau menjual makanan macam #takoyaki,boleh bagi rasa dulu.Bawa potluck masa gathering @ hidangkan pada tetamu jika datang ke rumah.

Niatkan je untuk sedekah.Sambil buat marketing ala teaser, sambil buat pahala,Insya Allah.

***********************
4. Menjual Pada Yang Perlu
***********************
Kenali sifat peribadi, minat dan purchasing power diorang.Setiap orang pula ada priority yang berbeza.

Cuba menjual hanya pada yang berminat dan mampu untuk membeli saja.Yang tak berminat,usah dipaksa relakan.Rimas diorang nanti.

************************
5. Never Give Up
************************
Dah cuba menjual pada famili dan kengkawan tapi hampeh tak berjaya?

Jangan putus asa geng.

Mungkin diorang ada minat tapi tengah pokai takde budget nak beli.Mungkin juga minat tapi rasa tak urgent nak guna so tak beli lagi.

Keep updating dari masa ke semasa.Tunjuk yang korang masih buat bisnes tu.Jika dah tertulis rezekinya,Insya Allah masuklah ordernya nanti.

Yang tak minat tu,korang move on aje.
Jangan paksa.
Jangan kecik hati.
Maintain cool aje.

Sebab, mungkin diorang tak membeli tapi dioranglah yang rajin tolong promote bisnes korang ke sana sini.Sape tahu,ye dak ?
Orang cakap,"marketing mulut ke mulut ".
Dapat marketing free ,thehehe.

So,don't give up yeh💖
***********************
Berniaga memang banyak cabaran.

Sambil tunggu order masuk dari famili,sedara mara dan kawan- kawan tuh, promote juga pada " orang luar" yeh.

Banyakkan sales funnel.
Banyakkan chanel menjual.
Luaskan kawasan jajahan bisnes kita,yeahhh! 😁👍

**********************
P/S: Iklan sikit.Sesiapa nak order bahan masak takoyaki,roger je Mamy Aimi.

Whatsapp 013-6012 797
www.mamyaimi.com