Isnin, 26 Jun 2017
First experience masak takoyaki di Japan
First time Mamy cuba masak #TAKOYAKI sendiri tahun 2003.Senior Japanese satu universiti yang beriya nak tunjuk cara masak sebab Mamy memang suka giller sangat takoyaki.
Maka gigih lah ke bandar Yokohama cari acuan takoyaki.Kitorang beli yang sempoi punya.Acuan nipis dan ringan aje macam pallet watercolor.
Non stick coating confirm tak hado sebab masa masak melekat- lekat sikit tepungnya.Harga around 300-400 yen macam tu.Convert duit malaysia dalam belas- belas RM aje.
Inti guna pure kaki octopus.Saiz dah potong tu dalam besar ruas ibu jari tangan.Rebus sekejap dalam 3-5minit pastu cecepat masukkan dalam air berais untuk elak jadi terlalu kenyal.
Orang kat sana jarang guna chuka idako aka marinated octopus untuk masak takoyaki.Diorang guna octopus rebus jerr.
Sayur kitorang guna kobis,carrot,daun bawang.Pastu letak sikit "beni shoga " ( jeruk halia color merah) dan "tenkasu" (kriuk kriuk tepung tempura).
Sapu minyak guna cooking tissue ikat getah.Pusingkan dan golekkan tepung guna buluh pencungkil gigi .
Sempoi aje kan ?
Tak kisah lah.Janji dapat bentuk bulat- bulat.
Dipendekkan cerita,menjadi la homemade takoyaki kitorang.Dapat makan puas- puas.Seronok yang amatπ
Tu la antara pengalaman mahal yang Mamy angkut bawak balik dari Jepun selain daripada sekeping degree,hik hik.
Sekian,terima kasih π
**********************
Nota kaki :
Jangan PM Mamy untuk order beni shoga dan tenkasu nih pulak tau sebab Mamy tak jual .Mamy cuma jual takoyaki pan ( kualiti baekk punya) ,tepung takoyaki,sos takoyaki,bonito flakes dan seaweed powder je π✌
Whatsapp 013-6012 797
http://www.mamyaimi.com