Isnin, 1 Mei 2017

2 Kaedah untuk naikkan jumlah followers FB dengan pantas

Ada sesape kat sini followers facebook  masih bawah 1000 orang ?

Mamy ada 2 cara untuk korang tambah followers dengan kadar lebih pantas.Method ni Mamy dah verify dan dah pernah naikkan followers Mamy dari 27 orang kepada atas 1000 orang dalam tempoh tak sampai 2 bulan pun.

Check it out 😉

🌻KAEDAH 1 :
***************
- Mula tulis post berbentuk konten bermanfaat.Biasanya post jenis tips dan storytelling ramai orang suka.
JANGAN COPY PASTE STATUS ORANG LAIN.Pastikan post korang ORIGINAL.

- Start add dan approve friends SECEPAT MUNGKIN.Bila dapat friends request,cepat- cepat pilih samada nak accept atau tak.Orang yang korang tak nak accept,delete request diorang on the spot.Tak moh peram lama- lama.

-Bila dah buat gini,fesbuk akan start rekemen kawan- kawan baru secara berterusan.Pilih dan TAMBAH KAWAN FB korang.Kalau jenis tak kisah,penuhkan je terus kuota 5000 friends tuh secepat mungkin.

- Friends dan followers korang akan meningkat secara berterusan bergantung pada DAYA TARIKAN posts korang.KONSISTEN posting post jenis konten tadi setiap hari untuk kekalkan momentum.

🌻 KAEDAH 2 :
      ***********
- Bila follower dah makin banyak,guna FB Live function.Boleh pilih topik yang bagi ADD VALUE pada viewer.Boleh guna tips dan cerita motivasi sebagai konten.

- Kalau viewer tak ramai sangat pun takpe.FB live nih akan highlight nama kite pada pengguna fesbuk lain melalui notification.Bila beberapa kali orang nampak,orang akan start add friends dan follower akan bertambah.

Itu yang Mamy buat untuk tambahkan followers.Harapnya bermanfaat pada korang jugak nanti.

Till then,sayonara.

Lovess,Mamy Aimi 💖💖