Jojo : "Eh,nape kuih ni dah kecik cinonet ? Selalu beli lima posen,besar tapak tangan "
Lolo : " Biase lar.Peniaga kecikkan sikit portion untuk cover kenaikan harga kos "
***************************
Biasa je dengar orang sembang macam ni kan ? Tapi,selain kecikkan portion,ada cara lain nak elak rugi bila kos meningkat iaitu NAIKKAN HARGA .
What?! Biar betoi Mamy😱😱😱
Haah,betul la.Memang Mamy pernah buat macam tu pun.Almost suku daripada customers lama Mamy lari,tapi baki yang stay tu terus repeat dan repeat order,Alhamdulillah.In fact,bisnes Mamy boley expand lebih jauh daripada dulu.
Tapi,mesti ada salah satu daripada 3 benda ni kalau nak naikkan harga produk @ service korang.Post ni memang panjang.Tapi kalau korang dalam dilema caner nak naikkan harga,baca sampai habis kayy 😉
************************
🔰 Naikkan harga sambil tambah lagi added value
- contohnya masa Mamy naikkan harga,Mamy tambah lagi kuantiti bonito flakes & sos dalam set kit #takoyaki Mamy Aimi.Mamy tak nak naikkan harga tanpa customer dapat nilai tambah baru bila beli produk Mamy.
🔰Tambah USP
- USP ni bukan macam game PSP playstation tu yerr 😅 USP ni apa yang unik dan membezakan produk @ service korang berbanding peniaga lain.
- Bile USP korang memang gempak kebaboom,customers seluruh Malaysia datang cari.Silap haribulan,customers obersea pun korang boley tapau.
🔰Power up branding
- takde brand name lagi ? Pi reka cepat.Nama brand pun kira USP juga.
-Pastu brand yang kuat ,lagi senang create raving fans.Orang kalau dah syiok kemaruk tahap cintan gaban,korang taruk la rege tinggi mana pun,tetap orang berasak order.Nak pulak kat Malaysia nih.Barang berkualiti tapi cap ayam, tak dipandang der.Depa main barang ada logo emas jerrr.
Korang baca post ni sampai habis ?
Well done ! Korang memang serius sayangkan bisnes korang.
Sape baca sampai habis,komen "Alhamdulillah"..K,bai 😁✌
Raihan Ibrahim
- Tokey Mamy Aimi yang Prihatin-