Few back years,Mamy pernah buat silap yang hampir buat bisnes Mamy bungkus.Sales banyak tapi kelibat untung macam main cak cak ajer.
Nak tau apa silapnya?
*****************************
Mamy SILAP KIRA KOS masa set up produk.
*****************************
Mamy cuma kira kos bahan,plastik,upah,utilities.Mamy lupa kira banyak lagi kos lain.Kos apa yang Mamy tak kira tu ?
Antaranya :
🔰KOS PACKING BARANG
( bubble pack,selotep,pen,marker,plastik poslaju,kotak recycle,plastik bag)
🔰KOS LOGISTIK
( minyak & tol untuk pegi beli barang kat supplier,kos pos barang dari supplier,kos pergi balik pejabat pos)
🔰KOS MARKETING
- Sebab memula tu Mamy cuma guna medium free je macam fesbuk personal,blog,mudah dot my dll.Tak terfikir nak guna FBAds.
Nasib baiklah masa kira kos bahan tu,Mamy tak lupa nak kira kos alpha ( Mamy taruk sendiri nama nih,hehehe 😅✌).
Kos alpha tu kos standby untuk kenaikan harga barang.Sebab harga bahan makanan nih tersangat mudah berubah- ubah macam mengkarung.Kejap biru,kejap hijau,kejap kuning.Boley berpinar mata.
Contohnya :
*************
Harga semasa gula = RM 1.30/kg
Masa kira kos bahan,Mamy masukkan kos alpha sekali so harga kos gula Mamy taruk RM2/kg.
Nasib baek lah tersedar dan cecepat top up ilmu.Kalau tak sedar hidden cost tu sampai la ni,setiap hari buat keje amal jela nampak gayanya.Bukan buat bisnes pun,huhuhuhuhu😅😅😅
Eh,korang dah kira bebetul ke actual cost untuk bisnes korang tu ?
Pi cepat double check.
Tekan kalkulator jangan sampai berasap kayyyy 😁✌
Raihan Ibrahim
- Tokey Mamy Aimi yang Prihatin -