Ini kisah benar tanpa sebarang edit.
Ada sorang peniaga online.Dia cerita,mula- mula nak buat profit,punye la payah yarabbi.
Personal branding dah cuba buat.
Up iklan kat ig,fb wall,group dan page dah buat.Button FBads pun dah gatal tangan sentuh.Dah try macam- macam tapi asyik tak menjadi sangat.Something wrong somewhere je rasa.
Until one day,dia pergi satu kelas bisnes.Walaupun kelas bisnes,sifu tu tekankan sangat untuk maintain sedekah.
"Alamak,duit dah la seriously tengah nazak nih.Macam mana nak sedekah lagi ?.." usik suara nakal dalam hati.Tapi dia tutup je telinga dan follow apa sifu tu cakap.
Dia start dengan sedekah RM5 setiap minggu.Nak bagi mak abah RM5 seminggu macam tak sanggup.Rasa tebal sangat muka.So masuk tabung masjid je.Sales start trigger.Tapi masih tak banyak.Cukup la untuk gandakan modal pusingan.
Bulan ke- 2,dia tambah sedekah RM10/minggu.Masuk tabung masjid dan transfer online kat tabung untuk bina masjid.Sales makin "catch up".
Bulan ke-3,dia up lagi sedekah kepada RM15/minggu.Sales makin membesar.Dia makin excited.Every week dia upkan sedekah dengan pertambahan RM 5 hinggalah cecah sedekah RM250/minggu.
🌸Cara dia sedekah - masuk tabung masjid,transfer online ke tabung bina masjid,sekolah tahfiz,hantar duit dan beras ke rumah anak yatim,bagi haiwan ( kucing,burung,ikan) makan dan bagi "elaun khas" pada mak abah.
Daripada takde sales kepada akhirnya dia start touch 5 angka.Semuanya bermula bila dia START MAINTAIN SEDEKAH.
Faham tak calculationnya macam mana ?
🌸Sedekah RM 250/minggu =
RM 1000/bulan.
Dan sales dia start touch RM10k selepas sedekah dia touch RM1k.Which means sedekah dia "bercambah" jadi 10 kali ganda.Memang exactly jadi seperti yang Allah dah janji.
🌸Personal branding.
🌸FBAds.
🌸Follow up customers dan segala macam teknik marketing power rangers.
Ni semua ibarat kereta.
Tapi sedekah adalah petrolnya.
Takde petrol,kereta tak boleh nak jalan.
Sedekah = Pelaburan yang paling menguntungkan dunia dan akhirat.
Jadi ,kalo rasa sesak tak cukup fulus,tak yah teragak- agak.Grab je beberapa ringgit dalam purse dan start sedekah secara konsisten.Insya Allah rezeki makin smooth.
**********************************
Assalamualaikum semua.Selamat menjemput rezeki 😉
Raihan Ibrahim
#founderMamyAimi