Isnin, 13 Mac 2017

Kenapa berani resign keje notis 24 jam?

Sebelum tido nih,mamy nak ceciter sikit kenapa dulu mamy berani sangat nak resign keje, siap notis 24 jam pulak tu walaupun belum ada bisnes yg cukup stabil.

Ada yg nak tahu ke? hihi 😅

Well,masa decided nak resign tu,mamy sebenarnya dah ada duit simpanan yg cukup untuk mamy tak bekerja selama setahun.Almaklum la,ratu workaholic,haha.Duit gaji + bonus + OT memang ok la jugak.

Plus,at that time,mamy sempat "simpan aset" hartanah.Walaupun beli secara hutang dengan bank,rezeki mamy dapat beli satu lot banglo dengan harga below market price.Bila dah berhenti keje,mamy jual lot banglo tu.Dapat la dalam untung kasar RM 75K++.Dah tolak interest bank dan kos guaman dll,tinggal dalam 50k++ gitu.Itupun amek masa berbulan- bulan jugak la baru settle pindah milik sebab buyer amek loan gov.Proses memang slow macam siput,hahaha.

Kereta pulak mamy ada 2 biji.Sebiji dah habis bayar hutang bank dan mamy jual.Tinggal sebijik kete yg sangat banyak berjasa pada bisnes mamy sampai sekarang.Yang ni pun dah habis bayar tahun lepas.

PTPTN memang tak hado la coz dapat full scholarship.

Total total up duit simpanan + hasil jualan aset dalam puluh- puluh ribu ringgit.Sepatutnya cukup untuk cover hidup tanpa bekerja dalam 3-4 tahun kot ?

Atas segala calculation tersebut,mamy buat decision kamikaze untuk berhenti keje.Sebab kenapa berhenti keje tu biar lah terus berada dalam lipatan sejarah.

Moral dari cerita ini ialah - BE REALISTIC.

Pastikan korang ada back up income/savings or apape je yg boleh tampung hidup korang at least untuk setahun sebelum ambil langkah berhenti keje.

Jika blom ada,bina back up tu dari sekarang !

Nak tido dah.K bai 😁

#founderMamyAimi