Selasa, 28 Mac 2017

Feedback dan Niche Makanan

"Macam mana dari segi rasa,OK tak ? "

Berbisnes dalam niche makanan,biasanya peniaga sangat concern dengan feedback customers.Bila dapat feedback,dari situ buat adjustment.

Macam tu lah sos dan tepung takoyaki Mamy Aimi upgrade kualiti.Tapi bukan semua feedback boleh diserap terus especially kalau melibatkan rasa.Sebab selera manusia berbeza- beza.

Adjust ikut MAJORITI.

Kalau dalam beratus feedback, cuma sorang dua je yang cakap makanan kita kurang masin @ terlebih manis,tak perlu cepat melatah dan terus tukar resepi.Mungkin orang tu memang jenis kuat masin @ tak suka manis.

Sambil tu double check jugak kot ada tersilap sukatan ke apa.Kalau takde,then MOVE ON.Fokus je pada customers yang suka dengan rasa makanan kita.

Nak share itu je sebelum tidur nih.
Sweetdreamzzz 😊

Raihan Ibrahim
#founderMamyAimi