Isnin, 27 Februari 2017

Experience guna service artis untuk product review Mamy Aimi


Beberapa tahun lepas,mamy pernah ambil pakej "produk review" dari seseorang yang terkenal di Malaysia.
Senang citer,guna khidmat artis.Followers beliau di fesbuk & instagram cecah 7 angka.

Sepanjang program tu,mamy berurusan dengan person in charge team retis tu bernama Cik N yang manis.

Hari post produk review mamy keluar,memang berdebar lain macam.Punye la excited tunggu orang whatsapp/pm untuk order.Bateri handphone memang mamy dah charge kaw- kaw kasi full bar.Konon- konon tak nak la bateri kong masa layan message prospek@ customers.

Pukul 8 malam,post mamy keluar.
Whatsapp start masuk satu per satu.Hati mula berbunga- bunga.Yelah,since followers beliau ramai,kalo reach 10% audience pun dah cecah 100k yg tengok iklan produk review mamy kan ?

Tapi..since dari pukul 8 malam sampai 10 malam,whatsapp yang masuk cuma bawah 20 orang je.
Itupun dapat close sale bawah 5 orang..keadaan berterusan sampai hari ketiga.Yang ramai whatsapp pun,nampak gaya macam budak tak cukup umur aje..😂

3 hari lepas tu,Cik N tanya apa feedback mamy tentang servis mereka? Mamy terus terang jela bagitahu resultnya dengan ayat yang sangat sedihhh menyayat hati.

Diorang pun macam serba salah dibuatnya.Lepas bincang dengan top management ,diorang offer mamy sekali lagi post product review secara PERCUMA.Plus mamy dapat FREE COACHING cara guna google trend & buat copywriting.Alhamdulillah😍😍😍

Then,iklan product review mamy keluar lagi sekali sebulan lepas tu.Kali ni result lebih bagus daripada first time.Tapi still kurang berkesan berbanding result mamy post iklan guna fbads.Macam langit dengan bumi,huhuhu.

Mamy duduk berteleku kejap secara online dengan Cik N.Dok fikir what is happening.Persoalan tu terus jadi tanda tanya hingga la mamy review semula nota kelas Tuan Ammar Zahar,CEO Jootawan.

" Untuk buat iklan online secara berkesan,kena gunapakai konsep sniper berbanding machine gun.

Post iklan hanya pada TARGETTED PROSPEK.Bukan post iklan pada semua orang.

Kalau tak,duit terbang,sales pun tak dapat "

Maka,mamy pun menjadi insofff selepas tu.Pengalaman sedikit pahit bercampur manis.

Pahit kerana pelaburan melebur.
Manis sebab mamy belajar dari kesilapan sendiri & banyak benda baru dalam bisnes hasil perkongsian ilmu dengan Cik N.

Setiap kejadian,tentu ada hikmahnya.

Semoga cerita mamy ni beri manfaat pada sesape yg buat marketing online :)

Assalamualaikum & Happy Monday.

#founderMamyAimi