Selasa, 3 Januari 2017

Di mana ada kesusahan,di situ ada kemudahan

Ini kisah khamis lepas.Sebuah kisah benar,
"Di mana ada kesusahan,
    Di situ ada kemudahan "

***************************************
Macam biasa,adik Mamy nak pergi pos barang customer via pos malaysia.Bukan yang poslaju tapi pos domestic biasa.

Kalau pos biasa nih,memang kena beratur kat kaunter.Silap haribulan terkena la masa menunggu sampai 2 jam lebih.

Bila dah sampai giliran,
tiba- tiba staff kat kaunter cakap
"Barang makanan macam ni tak boleh pos sebab ada risiko pecah"

Biar betul?? Dah 4 tahun kot Mamy Aimi pos barang makanan macam ni😂😂😂

Maka adik Mamy pun dengan super coolnya jawab,
"Eh? Biasa saya pos barang macam ni dengan staff lain,ok aje "

Staff tu berkeras tak nak terima barang Mamy.Maka terpaksalah barang tu dihold untuk pengeposan pada hari tersebut.

Malam tu adik Mamy gigih pass barang pada Mamy utk dipos pada esoknya (hari Jumaat ) sebab Jumaat adik cuti.

Ada kawan Mamy yg keje kat pos malaysia bagitahu,sebenarnya ok je pos makanan tapi tengok staff jugak.
Sebab memang ada staff yang terlebih skema & straight,opsss!😁
Pastu ada kawan Mamy yg lain rekemen guna KTMD
 ( disini la terasa pentingnya ada networking,kih kih kih) .

Mamy memang tak terfikir nak cuba guna pun sebelum nih KTMD.
Tapi bila dah barang "direject" kat pos opis,terpaksa la cari alternatif lain kan.

Next day,Mamy gigih sorong troli mengangkut barang tu ke KTMD kat kota kemuning.Nasib baik memang selalu ke area sana.

Guess what ?

Dapat layanan staff KTMD yang peramah dan sopan santun.
Kat barang Mamy siap diorang tampalkan sticker dan notis " Fragile.Jangan campak @ jatuhkan".

Fuhhh,rasa terharu pun adoo.

Kadar bayaran postage pun tak jauh beza dengan pos biasa aka parcel pos malaysia.
Yang paling best,barang cepat je sampai macam poslaju.Amazing je rasa 😱😱😱

Maka hari ni repeat pos barang kat sana.Nak tengok konsistansi pulak.Harapnya service tetap tip top la so that bole la Mamy lebarkan sayap pos thru KTMD pula.

Betul la ,
"Dimana ada kesusahan,Insya Allah di situ ada kemudahan".
Yang penting sabar.

Ada update yang best,nanti Mamy share lagi okayh.

Till then,keep calm & stay cool ;)

#pengalamansendiri

"Di mana ada kesusahan,
    Di situ ada kemudahan "