Rabu, 28 Disember 2016

Kisah touching disebalik "kelahiran" set kit takoyaki Mamy Aimi

Kisah touching di sebalik lahirnya set DIY Kit Takoyaki Mamy Aimi.
************************************
Nak dengar lagi cerita tak?
Pagi Ahad sambil santai-santai makan roti canai nih,Mamy Aimi belanja lagi satu kisah benar.Baca sampai habis okayh?

Ramai jugak yang bertanya pada saya,dari mana dapat idea nak jual set DIY kit takoyaki nih.Secara umumnya saya akan bagitahu pada orang yang bertanya tu,
"Allah nak bagi ilham & it just happened ".
Tapi sebenarnya ada kisah disebalik wujudnya produk paling glamor Mamy Aimi nih.

Masa tu,saya masih lagi menjual takoyaki yang sudah siap dimasak di stall.Saya hire staff sambilan untuk buat jualan takoyaki di stall depan cybercafe seksyen 7,Shah Alam.

Oh ya! Saya lebih prefer panggil staff berbanding pembantu kerana ianya bawa pengertian yang sangat berbeza bagi saya.Staff akan "cepat-cepat lari" tapi pembantu akan "cuba stay dan lift us up" bila bisnes kita tengah susah.Orang yang akan beri yang terbaik untuk sama-sama majukan bisnes kita.

Bukan senang nak cari orang yang akan terus bersama kita ketika susah,jadi pangkat pembantu hanya saya beri pada insan yang istimewa je dalam dunia bisnes saya .
Bagaimana bisa dinaik level sebagai pembantu jika belum pernah diuji kesusahannya dong? (eh,eh..terkeluar slang indon pulak,hohoho)

Sambung balik cerita.Semasa tengah bagi training cara masak takoyaki kepada staff baru tu,tiba-tiba ada 2 orang budak berpakaian sekolah rendah datang ke stall kami.Salah seorangnya bertanya,

" Acik..kuih takoyaki ni berapa harga?"

Saya membalas pertanyaan budak tersebut sambil tersenyum,

" Satu set RM 4.50,ada 5 biji.Adik nak set inti apa? "

Tiba-tiba saya lihat raut wajah budak tadi berubah menjadi muram.Dia terus tunduk ke bawah.

"Saya cuma ada 2 ringgit je..duit saya tak cukup...kuih ni mahal la acik..."

Saya agak tergamam.Betul,saya tengok di tangan budak tu cuma ada 2 ringgit je.Hati saya tersentuh.Kalau ikutkan hati,nak je bagi sekotak free.Sekotak aje pun,bukannya luak sangat pun kan?
Tapi entah kenapa,hati rasa tak berapa sedap untuk bagi free.Seperti ada sesuatu yang menahan.

Saya teringat memang pernah ada kes penjual diherdik bila memberi barang free pada anak-anak mereka sambil berkata  " anak aku bukan pengemis ".

Risau juga jika ibubapa budak tersebut marah dan menganggap saya memberi sedekah pada anak-anak mereka.Otak saya dipaksa untuk berfikir sepantas kilat.
Maka saya mengambil keputusan untuk menjual 2 biji dengan harga 2 ringgit dengan extra topping.

Wajah budak tadi sangat ceria,siap melompat-lompat tepi saya kegembiraan.

"Acik..letak serbuk ikan dan mayonis tu banyak-banyak yeh"

"Boleh,jap acik buatkan ye.Adik ni tinggal kat mana ?"

"Tinggal kat flat depan tu je"

"Ooo...dekat aje.Boleh la singgah sini lagi nanti "

Saja bersembang dengan budak tersebut sambil menyiapkan takoyaki yang diorder.

Takoyaki pun siap,saya bagi bungkusan berisi dua biji takoyaki tadi.Budak tadi membawa bungkusan tersebut dan terus makan sambil berlari-lari kegirangan.

Selesai training staff baru,saya pulang ke rumah.Di rumah,saya terdiam je macam malaikat lalu.Akal saya seakan-akan filem Matrix,mencari jalan bagaimana NAK MEMBANTU LEBIH RAMAI ORANG untuk terus menikmati kesedapan takoyaki dengan harga kos lebih murah.

Dengan niat tersebut,tak semena-mena Allah ilhamkan kepada saya idea yang mencurah-curah untuk cuba mengeluarkan set DIY kit takoyaki jenama sendiri di mana pelanggan boleh masak sendiri takoyaki di rumah dengan kos lebih menjimatkan.

Saya mulakan kerja-kerja penyelidikan dan pembangunan (R&D) set DIY takoyaki kit ni secara berperingkat.
Walaupun produk ni nampak simple je,sebenarnya saya telah menjalankan begitu banyak test untuk mendapatkan formulation terbaik.

Malah kami masih lagi dan sentiasa aktif menjalankan aktiviti penambahbaikan produk Mamy Aimi sehingga kini.Untuk menjalankan test-test tersebut,banyak wang,masa,tenaga dan buah fikiran dilaburkan.
Jadi,resepi produk Mamy Aimi bukan lagi resepi biasa yang boleh diminta sesenang hati tetapi sudah menjadi aset syarikat.

Berbalik kepada cerita tadi,ianya sudah pun 3 tahun berlalu. Seperti sebuah polaroid,ia masih tetap kukuh di ingatan saya.
Bila saya rasa lost atau down dalam bisnes takoyaki ni,kisah ini tiba-tiba kembali menerpa benak saya dan menyuntik adrenalin ke dalam jiwa saya.Ia seolah-olah menjerit pada saya,

" Pleasee jangan give up! Ramai lagi yang perlukannya"

Dan everytime saya rasa macam nak give up dan buat bisnes lain,tiba-tiba order bisnes takoyaki saya mencanak-canak naik.

Jujur saya tidak tahu mengapa.
Ia seperti miracle.

Mungkin itu adalah "sign" doa-doa peminat tegar takoyaki Mamy Aimi dimakbulkan Allah ?

Cuma Allah sahaja yang Maha Mengetahui.

#foundermamyaimi
#pengalamansendiri

-Mamy Aimi-
Supplier bahan masak takoyaki since 2013-