Jumaat, 26 Ogos 2016

Tips Mamy Aimi untuk dapatkan bentuk takoyaki yang cantik ( Part 4 ) - Teknik Sapuan Minyak Yang Betul


Assalamualaikum & Salam ceria semua.

Sempena hari Jumaat yang berkah ni, Mamy Aimi nak share lagi tips macam mana nak masak takoyaki supaya bentuk bulatnya cantik.Kalau tertinggal Part 1- 3, boleh rujuk post blog Mamy Aimi.

" Eh,Mamy Aimi ada blog ke? Tak tahu pun.. "

Iyeee wahai follower kesayanganku.

Mamy Aimi ada blog tapi baru ajelah membuatnya.
Dah alang-alang suka baca tentang takoyaki,bisnes takoyaki dan bisnes online,boleh la follow terus blog Mamy Aimi.

Kekadang tu ada jugak la Mamy Aimi merepek stori mori tentang hal selain bisnes .Sembang bisnes je 24 jam muak jugak kan? hohoho.

Ni link blognye :

https://www.mamyaimi.com


Okay la,sambung tentang teknik sapuan minyak tadi.

***************************************************************************
Tips keempat ialah TEKNIK SAPUAN MINYAK YANG BETUL.

*********************************************
******************************

"Emp..nak sapu minyak pun ada teknik special ke Mamy Aimi ?"

Nak kata terlalu special tu taklah jugak tapi ada satu petua yang Mamy Aimi nak kongsi. Manalah tahu mungkin ada sesiapa yang tak tahu.

Kalau tak follow petua ni,anda bakal menangis jika tepung takoyaki anda melekat-lekat hingga tak boleh nak digolek-golekkan dan takoyaki anda akan hancussss.

                             Contoh gambar silicone oil brush (sumber google).


******************************************************************************************

Okay,ikut step ni yeh :



STEP 1 : SAPU MINYAK

- Ambil oil brush/cooking tissue yang telah dicelup dengan sedikit minyak.

- Sapu lapisan minyak dengan rata ke seluruh permukaan takoyaki pan atau plate takoyaki maker yang akan "bersentuhan" ("bersentuhan" gitu,ouchhh!! hehehe) dengan bancuhan tepung nanti.

- Jangan sapu pada bahagian pemegang pan atau bahagian ON OFF button takoyaki maker pulak.Nanti melekit-melekit tangan masa nak masak.


STEP 2 : PANASKAN MINYAK

- Jika guna takoyaki pan jenis gas,nyalakan api dengan kepanasan sederhana.

- Jika guna takoyaki maker, ON kan suis.

- Panaskan sehingga permukaan takoyaki pan @ plate takoyaki maker betul-betul panas dan mula mengeluarkan sedikit asap.


STEP 3 : COOL DOWN

- Selepas sapuan minyak sudah panas,tutup api dapur @ OFF kan suis takoyaki maker.

-Biarkan lebih kurang 5 minit atau sehingga takoyaki pan dan plate takoyaki menjadi suam-suam kuku.


STEP 4 : PEMANASAN SEMULA

- Selepas 5 minit,panaskan semula takoyaki pan @ ON kan semula takoyaki maker.

- Jika sudah panas,baru tuangkan bancuhan tepung takoyaki untuk masak.


*******************************************************************************************

Oooo...tapi kenapa nak buat macam ni eh?

Proses ni sebenarnya nak bagi minyak dan plate takoyaki menjadi serasi sebelum "bekerja keras" menggoreng takoyaki yang sedap sehingga menjilat jari nih.

Dah serasi berkawan baik,takde la kes tepung melekat-lekat lagi,Insya Allah.

Walaupun takoyaki pan dan takoyaki maker anda jenis non stick, 4 step ini sangat membantu memanjangkan lagi jangka hayat non stick coating peralatan takoyaki anda.

Jimat lah sikit duit daripada setiap 2 tahun nak kena beli takoyaki pan@ takoyaki maker baru,kan? kan? hehehe.

Semoga tips kali ini memberi manfaat pada peminat tegar takoyaki yang rajin masak takoyaki sendiri.

Selamat Mencuba.



- Mamy Aimi-
Supplier bahan masak takoyaki anda

013-6012797


#foundermamyaimi