Isnin, 18 Julai 2016

Cara dan Tips Masak Takoyaki Step-by-Step Versi Mamy Aimi


Inilah aktiviti sempena open house berkonsep potluck.
Bawak #takoyaki special made by Mamy Aimi,hehe.




Cara masak step by step dan tips penting ada pada setiap gambar yeh.Check it out ☺



Bahan- bahan asas takoyaki versi Mamy Aimi.


- Set kit takoyaki Mamy Aimi saiz family pack 2 peket 


( set ini dah ada tepung takoyaki,sos takoyaki,bonito flakes,seaweed powder dan mayonis)
- telur ayam
- air
- minyak masak
- kobis yg dah disagat
- inti ( octopus,daging kisar,crabstick)




Cara bancuh bancuhan tepung takoyaki



1. Campurkan 1200ml air + 100ml minyak masak + 4 biji telur
ayam gred A.Pukul hingga sebati ( rujuk gambar 1 hingga 3)
2. Masukkan tepung takoyaki.Kacau hingga sebati (gambar 4)


Tips : Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil kacau bancuhan.Ini bagi mengelakkan bancuhan tepung
berketul- ketul.



Cara masak takoyaki ( part 1 )

1. Sapukan minyak pada permukaan plat pemanas takoyaki maker elektrik ( guna takoyaki pan pun boleh).
ON kan takoyaki maker.Tunggu hingga panas.

2. Tuangkan bancuhan tepung takoyaki.

3. Letak inti takoyaki dalam setiap lubang acuan takoyaki.

4. Letakkan pula kobis yang disagat dalam lubang acuan takoyaki.

5. Letak kobis di seluruh permukaan acuan takoyaki.

6. Tuangkan lagi bancuhan tepung ke seluruh permukaan acuan takoyaki hingga penuh.

TIPS : Untuk dapatkan takoyaki berbentuk bulat yang cantik,letak inti bersaiz besar , kobis dan bancuhan tepung yang menutupi seluruh lubang plat takoyaki maker




Cara masak takoyaki ( part 2 )

1. Lepas dah nampak tepung mula mengeras sedikit , cungkil dan terbalikkan lapisan tepung takoyaki bersama inti-intinya sehingga menjadi bentuk bulat.

TIPS : Gunakan chopstick kayu berbanding takoyaki pick jenis logam.Ini bagi mengelakkan permukaan acuan takoyaki bercalar,non stick coating tertanggal dan tidak tahan lama.

2. Sapukan lagi minyak masak pada permukaan takoyaki.

INFO : Ini bagi memastikan takoyaki cukup
masak, garing dan tidak cepat hangus.


3. Pusing - pusingkan lagi takoyaki sehingga menjadi bentuk bulat sepenuhnya.
Selepas kelihatan bulat dan berwarna perang keemasan , alihkan takoyaki ke dalam bekas yang sesuai.


Cara topping takoyaki 

1. Taburkan bonito flakes diikuti sos takoyaki Mamy Aimi ke atas takoyaki yang sudah masak.



2. Seterusnya tuangkan mayonis dan seaweed powder.

Siappp!! Takoyaki sedia dinikmati .Nyum nyum nyum ☺

Takoyaki yang dah siap dimasak & ditopping.
Tinggal nak ngap aje ,hehehe
*************************

INFO : Bagi yang sukakan kelainan , boleh juga tambah topping cheezy mayo dan chili flakes.Ikut sedap anak tekak masing-masing la...





Tak berapa faham kalau tengok gambar je ? Meh la layan video pulak.Pastikan kuota internet korang cukup ,thehehe

Cara masak takoyaki 



Cara topping takoyaki 



Wowww , macam sedap je ?
Memang sedap lagi mengancam tauuuu.Rugi tak cuba.

Dah faham cara nak masak takoyaki tapi tak tahu mana nak beli bahan ? 


Meh order dengan Mamy Aimi.Jap kasi list harga set kit takoyaki Mamy Aimi nih yeh :



Eh,confirm sedap ke nih ? Sila tengok testimoni dari customers Mamy Aimi ni sampai lebam .


 --> KLIK DI SINI


Amacam, sungguh meyakinkan betul tak ?
Orait good.

Dah confirm nak order , boleh whatsapp 

Mamy Aimi.
No phone ada kat sini ☺



Tunggu apa lagi.Meh pakat ramai-ramai masak sendiri je takoyaki kat umah.Angkat smartphone dan whatsapp laju-laju ;)

http://www.mamyaimi.com


#jomDIYtakoyaki

#SupplierBahanTakoyaki